Categories:

Pembangunan dan pembinaan merupakan aspek penting dalam perkembangan sesebuah komuniti dan institusi pendidikan. ini kerana environment memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran. Terkadang kita dihadapkan pada situasi di mana bangunan tidak diselenggarakan dengan baik, dan hal ini terjadi di UniSHAMS dan boleh menjadi kemalangan yang serius bagi semua yang tinggal atau beraktiviti di sekitarnya. Salah satu kemalangan boleh mengakibatkan kecederaan yang serius kepada Mahasiswa/wi.

Gambar diatas menunjukan jubin terjatuh ke bawah dan boleh menyebabkan kecerderaan kepala

Bangunan yang tidak diselenggarakan dengan baik boleh mengalami kerosakan struktur yang serius. Dinding yang retak, atap yang bocor, atau lantai yang tidak stabil adalah contoh-contoh masalah yang boleh mengancam keselamatan Mahasiswa/wi UniSHAMS. Mahasiswa yang tinggal di tempat seperti itu atau dalam perjalanan ke bilik kuliyyah berisiko tinggi dalam mengalami kecelakaan atau kecederaan serius dan boleh mengambil tindakan terhadap Universiti.

Untuk mengelakan kemalangan atau kecerderaan kepada mahasiswa, Majlis Perwakilan Mahasiswa menggesa pihak Universiti mengambil tindakan secepat yang mungkin, dan membaik pulih bilik-bilik kuliyyah yang ada disetiap bangunan di UniSHAMS

Gambar diatas menunjukan keuzuran kemudahan Universiti disalah satu bilik Kuliyyah di UniSHAMS

Video ini menunjukan bahawa risiko kecederaan yang sangat tinggi kepada Mahasiwa/wi di UniSHAMS

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *